Tiada entri panjang yang perlu dicoretkan, yang penting, AL-FATIHAH untuk mangsa-mangsa yang terkorban, semoga panjang umur & dilindungiNya untuk mangsa runtuhan yang masih belum ditemui dan semoga cepat sembuh untuk mangsa-mangsa yang terselamat dan mengalami kecederaan.

Innalillahi wainna ilaihirojiuun..
Telah tertulis ajalnya. Telah Allah menjemput rohnya melalui malakul maut. Telah sempurna umurnya. Telah terpisah roh dan jasadnya. Itulah ketentuan Tuhan yang akan datang kepada semua makhluknya. 

Ingatlah wahai manusia yang hidup lagi sering lalai, ingatlah bahawa mati benar, mati itu tidak dapat dilambatkan atau dicepatkan walau sesaat. Ingatlah dan beramal soleh dan merendah diri serta berbuat kebaikan pada semua makhluk. Ingatlah hidup ni hanya sementara, akhirat kekal selamanya.


 | al-fatihah |