Al-fatihah buat arwah Faizal Yusof yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, lebih kurang jam 2.30 petang tadi. Faizal Yusof adalah  bekas suami kepada Siti Nordiana dan juga pelakon drama terhangat Adamaya bersama Lisa Surihani & adik Mia Sara. Menurut daripada sumber Siti Nordiana, arwah meninggal dunia akibat serangan jantung. 

Ajal maut di tangan Tuhan. Sekelip mata Dia mampu mengambil kembali rahmat teragung, rahmat NYAWA. Baru semalam berjumpa, gelak tawa, tapi belum pasti esok juga masih berpeluang gelak tawa seperti semalam.

Al-fatihah untuk arwah Faizal Yusof. Dan Salam Takziah untuk keluarga arwah. Tuhan lebih menyayangi arwah Faizal Yusof.-1.1.11