Uish berdesup tengok entri nih...
Blogger mana yang tak pernah buat blogwalking. Atau bahasa penuh berimannya, ziarah dari satu blog ke satu blog, ala-ala kawan-kawan tabligh datang bilik korang, bercakap tentang amal dan azam. Yang tak beramalnya, ada lak korang buat-buat tido, lagi teruk ada yang sanggup menyorok dalam lemari. Macam la kawan-kawan tabligh taktao yang ko menyorok dalam lemari tu, kalo akulah tabligh tu, aku tendang je kasi roboh..weih, ni bukan tips blogwalking ek. Ni adab-adab berblogwalking / ziarah blog..ish2..

Meh aku kasi tips sikit. Tapi ni tips lain sikit, saje nak suh korang berfikir tahap kritikal, ala cam critical thinking tu. Niat blogwalking mesti ikhlas ok. Dan tuan punya tanah blog tu mesti mengalu-alukan kedatangan pelawat ke laman blognya kan. Tipulah kalau cakap, ko blogger tapi taknak reader datang baca hasil penulisan ko tu, bek ko privatekan ajer blog tu. Dah namanya mengalu-alukan kedatangan reader, patutnya layanan yang diberi mestilah tahap terbaik kan. Walaupun aku tahu ramai yang cam tak berkenan bila kawan-kawan tabligh datang bilik korang, tapi janganlah sampai menyorok dalam lemari. Ada mak korang ajar adab terima tetamu gitu? Takde kan?
 
Kurang-kurang pasang la lagu Mizz Nina ngan Noh Hujan ke, Justin Bieber, tanda memprotes kedatangan mereka. Ni pon bukan mak korang atau mak aku yg ajar, aku blajar sendiri k .Dah tu, sorok lak radio tu, supaya bila diorang masuk, tak tau nak petik OFF kat mana.

Sama je macam blog-blog yang bila aku masuk, automatik dengar lagu Mariah Carey la, Siti Nordiana seksi auw tu la, dah tu, bila nak OFF, aku tak jumpa mana nak stopkan. Oh shit! Dahtu, kalo bukak banyak-banyak windows, dan kebetulan semua blog yang dibukak tu, memang automatik kuarkan muzik pelbagai irama, bercampur aduk, korang leh bayangkanlah camne bunyi dia. Sekali dengar bunyi cam lagu Nabil ngan Diana Danielle, sekali dengar cam lagu Zaiton Sameon, dengar lagi dah macam lagu Maher Zain pon ada.

....last-last aku campak je lappy ke dindang, baru senyap semua! Tau lak diam.


Angkat balik laptop ni, sambung blogwalking lak...... 







Kesimpulan: Tolonglah remove lagu-lagu yg secara automatiknya ia play sendiri bila masuk blog korang. Kalau nak letak gak, cari coding yang kena tekan butang PLAY, baru lagu tu main. Main apa???? Main lagu tu la ngokkk!!!!!