Eh, salah salah, bukan KAU BODOH yang aku nak share kat sini, tapi filem AKU TAK BODOH yang diadaptasikan daripada I'M NOT STUPID by Jack Teo tu...
yeah..filem Melayu, filem kita, wajah kita. Dan aku sangat setuju dengan apa yang cuba disampaikan, erk maksud aku mesej positif yang cuba disampaikan dalam Aku Tak Bodoh ini. Satu mesej utama yang cuba disampaikan dalam Aku Tak Bodoh ini, 
 
" Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ni pasti ada kelebihan masing-masing"

Slot dan scene yang digarapkan dalam citer ni, aku suka. Teratur dan tak berterabur. Ye la kan, nak soh orang faham mesej daripada kita bukan senang, dan bukan semua berfikiran terbuka untuk menerima mesej. Nak-nak dengan kerenah anak-anak era millenium sekarang ini. Bukan semua anak-anak ni boleh dididik dengan cara nenek moyang mengajar ibu bapa kita, betul tak? 
 
Cara didikan anak-anak juga harus selari dengan peredaran zaman. Ibu bapa takkan mampu menghalang anak-anak untuk tidak ambil peduli dengan peredaran teknologi terkini, ibu bapa takkan mampu menghalang anak-anak untuk tidak mengenali Facebook&Youtube mahupun Blogger, ibu bapa takkan mampu kontrol anak-anak 24jam. Yang mereka patu buat ialah, Faham anak-anak ini, tahu keinginan anak-anak ini, sokong minat anak-anak ini, dan berikan khidmat nasihat yang terbaik untuk mereka. Dan sekali sekala tu, hargai usaha mereka, walaupun di mata ibu bapa nampak sangat ketidakpandaian anak masing-masing..hikhikhik..Jangan biarkan ada gap dalam perhubungan anak&makbapak.

Wah, gaya bercakap, dah macam aku ada anak dara 18tahun nih..hahahah..itu pandangan aku untuk mesej yang cuba disampaikan dalam filem AKU TAK BODOH tu je la..aku bujang lagi nih. Single pon lagi nih. Tido pon katil bujang, makan pon tapow untuk sorang je lagi nih..hahahahahahahah

Untuk detail lagi pasal AKU TAK BODOH NIH, leh terjah REVIEW AKU TAK BODOH oleh RedLinda. Ni bakal pemilik panggung wayang terbesar di Malaysia nih..hehehehe....

nota penting: Sekarang dah petang Jumaat.. Malam ni HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH...hantu mak Jah aku tak sure la pergi mana...~