Ni baru filem pecah panggung. Bukan takat pecah panggung, pecah rabak punggung pon boley nih. Even nampak cam filem tak berapa nak mahal macam 2Alam, tapi kata-kata lawak dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah still leh buat aku gelak nak terbahak-bahak..itu akulah, taktao la kot-kot korang tengok citer ni macam biasa je, erk, macam tengok tanpa ada perasaan..taktao la kot-kot 2Alam lagi best pada pandangan korang. Taste orang lain lain kan..hikhik..tapi dengar citer, Hantu Kak Limah Balik Rumah ni, 1st day dah kutip RM1juta..
Sinopsis by mygosip.com
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Nak tahu selanjutnya, silalah ke TGV/GSC/Cineleisure/MBO yang berdekatan ye...
Ermm..nak tanya nih. Korang nak jumpa hantu kopek lanjut???hahaha..satu dialog oleh Pak Abu dalam citer ni, "huyoo panjangnya kopek dia...." takde cencored or potong-potong oleh Finas tao. Atau 'kopek' yang dimaksudkan itu adalah benda lain? Ke filem sekarang ni dah diopenminded kan? Tepuk dada, tengok la sendiri..huhuhu...
Series tak rugi kalo korang nak cari citer yang leh wat kita gelak secara berjemaah. Walaupun jalan citer simple, tapi bahan lawak tetap terbaik. Ngan gaya macho patah si Awie, Johan Raja Lawak, grafik effect yang kelakar dan dua tiga elemen lagi, mampu pecahkan perut / panggung dalam satu masa....hahahahahahahha..
" pelawok pelawok pelawok, pelawok pelawok pelawok pelawok, pelawok..pelawok...pelawok pelawok"
14 Comments
tak sabar nak tgk
=)
mungkin tunggu keluar tv sahaja..
industri filem malaysia ni kaya dengan double standard..
akhirnya, memang meleleh airmata!
Cer citer..ce citer..
Pecah panggung pecah perut lawak yer. Mama nak tengok anak2 takuuut...Serem serem komedi ek...gelak pocah pewot jgn terkucil dah..
dlm bhs kelate, belawok = menipu
http://zulmovie.blogspot.com/2011/02/hantu-kak-limah-balik-rumah-2010-ppv.html
Sharing IS Caring Right!!!