Dua negeri mencatatkan kes aktif yang minima iaitu dibawah 10 kes.
Kedah dan Kelantan masing-masing mencatatkan hanya lima kes positif aktif Covid-19 sehigga semalam.
Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, zon-zon di kedua-dua negeri itu kini banyak dikategorikan zon hijau.
Bagaimanapun di Kedah, daerah Kota Star masih merekodkan dua kes aktif Covid-19, dan satu kes masing-masing di Kuala Muda, Kubang Pasu dan Padang Terap.
Di Kelantan pula hanya Kota Bahru 4 kes dan daerah Tanah Merah mencatatkan satu kes aktif Covid-19.
Pulau Pinang juga menunjukkan kes aktif kurang daripada 10 kes iaitu di daerah Barat Daya 3 kes, Seberang Perah Utara 2 kes, dan masing-masing satu kes di daerah Timur Laut dan Seberang Perang Tengah.
Perak pula mencatatkan 14 kes aktif diikuti Terengganu dengan 34 kes.
Kedua-dua negeri ini bagaimanapun tidak mencatatkan sebarang zon merah.
Rabu lalu, Perlis negeri pertama di negara ini bebas daripada wabak Covid-19 selepas 18 kes positif sebelum ini telah pulih sepenuhnya.
Sementara itu, zon merah aktif Covid-19 masih tidak berubah sejak Khamis lalu dengan 13 zon.
Semalam, Lembah Pantai masih mencatatkan kes aktif tertinggi dengan 249 kes diikuti dengan Kuching 190 kes kebolehjangkitan Covid-19.
Daerah Seremban mencatatkan 107, dan Hulu Langat di Selangor pula mencatatkan 101 kes, Petaling 83 kes, Kluang 85, Johor Bahru 80 kes, Kuantan 65, Kota Samarahan 62, Kepong 64, Melaka Tengah 54, Klang 44 dan Titiwangsa 46.
via MalaysiaGazette