"Bukan Lelaki Biasa"
Insan ini adalah bekas seorang menteri besar kelantan , Tapi pernah kantoi mencuci tandas masjid kol 3 pagi berseorangan...
Dia juga pernah kantoi tiada duit ketika pemandu peribadinya pergi ke atm untuk bankin duit , Dia juga pernah kantoi duduk di luar pintu masjid kerana masjid penuh , Dia juga pernah kantoi tidak memakai elektrik di pejabatnya.
Dia pernah kantoi makan nasi bungkus di atas lantai , Dia pernah kantoi pergi 1 majlis tapi tidak makan daging rusa kerana memikirkan rakyatnya , Dia pernah kantoi menolak untuk tinggal di sebuah banglo , Dia juga pernah kantoi memotong separuh gajinya sebagai menteri besar , Dia pernah kantoi tidak tahu menahu pasal bayaran elaun.
Dia pernah kantoi menolak elaun rumah , Dia juga pernah kantoi memulangkan semua kembali duit elaun yang diterimanya. Masih banyak lagi kisahnya yang luar biasa yang Seolah-olah bukan seperti seorang menteri besar.
Nak cari mana Menteri Besar macam ni ? Korang tak rindu ke dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.
Aku rindu Allahyarham , apatah lagi bila melihat gambarnya. jadi sebak.
Bissirril Al-Fatihah
Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Mat. (10 Jan 1931 - 12 Feb 2015)
#SayaCintakanUlama #islamik
0 Comments