Tadi, terbaca status update di Facebook Nas Ahmad;
Vokalis kumpulan Fotograf - Shamrin telah meninggal dunia petang tadi ketika baru sahaja habis bermain bolasepak. Turut sama bermain ketika itu ialah Joey vokalis kumpulan BPR. Arwah diserang kekejangan ketika bermain.
Buat masa ini (jam 07:45 mlm) jenazah masih di Kpg Baru Medical Centre.
Ajal dan maut di tangan Tuhan. Aku tertarik dengan peristiwa-peristiwa begini. Pernah terpikir tak kita, dalam kita dan kawan-kawan ngah berseronok bermain futsal ke badminton ke, bowling ke, then tetiba salah seorang daripada kawan kita jatuh terduduk. Reaksi pertama kebanyakan orang, " Eh2, takkan sikit dah pancit kot bro" ..padahal si kawan kita tu ngah menanggung 'kesakitan dalam' yang terakhir.
Tup2, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir...~ Kalo lah aku, mahu rasa sesal & kesal atas kebaculan mulut sendiri. Syukur setakat ni tak lagi terjadi, mana tao kan, esok lusa terjadi gak..Tak pon aku sendiri yang jatuh terduduk, dan pergi....~ Daripada Dia kita datang, dan kepada Dia jualah kita kembali...
Al-fatihah untuk arwah Syamrin & seluruh muslimin dan muslimat yang telah pergi..al-Fatihah~...
12 Comments
tkejut ak baca tajuk ni.. s,uga rohnya dcucuri rahmat..
lagu2 nya psti jadi kenang2ngan.. di alam fana cinta..
alfatihah...ari ni masa dia...esok lusa plak sapa tau masa aku plak...
Ajal itu datang tepat pada masanya..